ONE STOP MUSICSTATION



Join the forum, it's quick and easy

ONE STOP MUSICSTATION

ONE STOP MUSICSTATION

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

This Site ContainS Music Around The World NEWS>INFO>SOFTWARE>AUDIO>VIDEO>TUTORIAL>PC AND MOBILE RELATED SOFTWARE>WALLPAPER>SCREENSAVER>MUSIC TAB>TIPS N TRICKS>VOCALS>BANDS AND MUCH_MUCH MORE..COME AND JOIN US ..AND BE PART OF OUR COMMUNITY..


    Moore meninggal di sebelah gitar

    MiSfit
    MiSfit
    MODERATOR
    MODERATOR


    Moderator Of The MonthMod Of The Month

    Posts : 110
    Join date : 2011-01-24

    Moore meninggal di sebelah gitar Empty Moore meninggal di sebelah gitar

    Post by MiSfit Wed 9 Feb 2011 - 4:23

    Moore meninggal di sebelah gitar

    Moore meninggal di sebelah gitar 09b0ff43a6f5e886


    APABILA maut datang menjemput, tiada siapa mampu menghalang. Tidak kira tempat, masa, suasana dan keadaan. Begitulah juga pemergian gitaris dan penyanyi lagu Still Got The Blues, Gary Moore.

    Beliau 'pergi' dalam tidur di sebuah hotel lima bintang di Malaga, selatan Sepanyol, Ahad lalu. Dia ditemui mati oleh teman wanitanya ketika bercuti di pusat peranginan popular di Costa Del Sol, Estepona.


    Menurut sumber, Moore datang ke hotel bersama temannya itu untuk menikmati percutian pantai. "Selepas mendaftar masuk, mereka menikmati burger serta sandwic di bar hotel dan 'champagne'. Dia sempat berjalan-jalan mengambil angin di pantai. Selepas itu, Moore berehat di lobi dan sempat berbual mesra bersama seorang peminat mengenai karier muziknya. "Dia kelihatan sihat ketika masuk ke bilik jam 11 malam. Bagaimanapun, teman wanitanya menelefon kaunter hotel dalam nada teresak-esak memberitahu Moore tidak lagi bernafas sekitar jam 3 pagi dengan gitarnya terletak bersebelahan katil," katanya enggan mengulas lanjut. Doktor datang memeriksa mengesahkan Moore meninggal dunia dalam tidur. Mayat dibedah siasat (post-mortem) di Hospital Malaga.

    Pemergian Moore bermakna peminat di seluruh dunia tidak menyaksikan lagi petikan gitar sambil menyanyi menjadi identitinya. Bahkan, pemergian gitaris blues rock mesra peminat itu benar-benar mengejutkan beberapa rakan kumpulan lama dari Ireland Utara, Thin Lizzy. Malah, rakan seperjuangan genre blues rock dan hard rock, pengaruh blues rock ditonjolkan Moore terhadap gitaris lain memang tidak dinafikan. Dia menjadi idola gitaris seperti Vivian 'Hot Shot' Campbell (Dio), Jake E Lee (Ozzy Osbourne), Adrian Smith (Iron Maiden) dan Kirk Hammett (Metallica).


    Sebagai seorang yang suka merendah diri, dia bermain gitar seawal usia lapan tahun. Inspirasi utamanya The Beatles dan Elvis Presley. Dia bergerak serius selepas menyaksikan lagenda gitar elektrik, Jimi Hendrix membuat persembahan di tempat kelahirannya di Belfast..


    Gary menyertai Thin Lizzy pada 1973 dan sempat merakam album Black Rose bersama. Apapun, lagu Still Got The Blues Blues masih berpengaruh dan diminati hingga sekarang. Berita kematiannya disahkan bekas pengurus, Adam Parsons.

    "Ia kesedihan dan dikesalkan. Kami terpaksa mengumumkan Gary meninggal dunia ketika bercuti di Malaga, Sepanyol, Ahad lalu. Kami ucap takziah kepada keluarga dan rakan-rakan," katanya. Moore bersama Thin Lizzy melalui tiga peringkat antara 1973 hingga 1983. Kumpulan dibubar selepas penyanyi utama Phil Lynott mati akibat heroin. Dua lagu hit Thin Lizzy, Whiskey In The Jar dan The Boys Are Back In Town, masih diputar oleh stesen radio klasik rock antarabangsa.


    Selain menganggotai Thin Lizzy, dua lagu solo Moore, Parisienne Walkways dan Out of the Fields tersenarai dalam Top 40 pada era 70-an dan 80-an.

    Sepanjang karier, Moore merakam sebanyak 20 album solo studio, tujuh live dan 11 kompilasi. Dia merakam lapan album bersama Thin Lizzy. Pengasas Thin Lizzy, Brian Downey menyifatkan Moore seorang 'gitaris hebat dan baik'. Saya terkejut dengan kematiannya. Dia akan sentiasa diingati. Saya tidak percaya dia sudah tiada lagi," katanya.


    Gitaris Thin Lizzy, Eric Bell pula berkata: "Saya masih tak percaya dengan kematiannya. Dia lasak, bukan jenis cepat mengalah dan sentiasa cergas." Kali terakhir Moore menghasilkan album pada 2008 menerusi Bad For You Baby.


    Dalam satu temu ramah di Switzerland, Moore menceritakan inspirasi di sebalik Still Got The Blues.


    "Saya mahukan yang baru dan spontan. Saya mahu merakam album blues kerana ia muzik pertama saya sejak zaman kanak-kanak. Ia begitu dekat di hati saya," katanya. Apa yang jelas, nama Gary Moore terus berada dalam ingatan di kalangan legenda gitar hebat seperti Stevie Ray Vaughn, Randy Rhoads dan Hendrix.[img][You must be registered and logged in to see this link.]Moore meninggal di sebelah gitar Thumbnail

      Current date/time is Fri 15 Nov 2024 - 5:15